the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat kejadian wabak jangkitan salur pernafasan dilapor semalam: KKM

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kejadian wabak jangkitan salur pernafasan dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif wabak setakat ini sebanyak 251, dengan kebanyakan kejadian melibatkan pelajar dan murid sekolah.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tiga kejadian membabitkan pratadika dan satu institusi pengajian tinggi.

Setakat semalam, Perak mencatat jumlah kejadian tertinggi dengan 48 kejadian, diikuti Selangor (33), Kuala Lumpur (30), Pahang (24), Kedah (23), Johor (16), Pulau Pinang (14), Melaka (13), Terengganu (11) dan Negeri Sembilan – sembilan kejadian.

Perlis pula mencatat lapan kejadian, Sarawak (dua) manakala Sabah dan Labuan, masing-masing tiada kejadian direkodkan.

Sekolah menjadi lokasi kejadian jangkitan tertinggi dengan jumlah kumulatif setakat ini adalah sebanyak 213 kejadian, diikuti pratadika (16), institusi/kolej (10), rumah (enam), pusat jagaan (empat), tempat kerja dan penjara/pusat serenti, masing-masing satu kejadian.

Menurut KKM, tiada kes kematian dilaporkan daripada kesemua 251 kejadian yang dicatatkan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings