the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi pemandu warga asing: 36 individu ditahan di ibu kota

KUALA LUMPUR: Seramai 36 pendatang tanpa izin ditahan kerana memandu tanpa lesen dan melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi Pemandu Warga Asing yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di sekitar Pandan Indah di sini hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPJ Kuala Lumpur Raja Nur Syuhaidah Raja Azmi berkata dalam operasi berkenaan bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari, sebanyak 79 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya melibatkan 63 kesalahan tiada lesen memandu, lapan kesalahan tiada lesen vokasional dan lapan kesalahan insurans tamat tempoh.

Beliau berkata JPJ juga menyita 23 kenderaan melibatkan 18 motosikal, empat lori dan sebuah kereta dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen.

Raja Nur Syuhaidah berkata warga asing berumur lingkungan 21 hingga 60 tahun yang ditahan itu, antara lain melakukan kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan, salah guna pas dan tinggal lebih masa.

“Warga asing yang ditahan melibatkan seramai 11 warga India, 18 warga Myanmar, lima warga Indonesia, seorang warga Kemboja dan seorang warga Pakistan,” katanya dalam sidang media berkenaan operasi itu hari ini.

Beliau berkata seramai 45 anggota JPJ Kuala Lumpur dan sembilan anggota Jabatan Imigresen terlibat dalam operasi kali ini.

Sementara itu, Raja Nur Syuhaidah menasihatkan warga tempatan untuk tidak menyewa atau memajakkan kenderaan persendirian mereka kepada warga asing kerana kesalahan berkenaan boleh dihukum di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1964.

“Ini kerana menurut pemeriksaan JPJ terhadap kenderaan yang dipandu oleh warga asing didapati kebanyakannya dimiliki oleh rakyat tempatan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings