the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara bersihkan sekolah, beri sumbangan di Baling

KUALA LUMPUR: Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara hari ini membersihkan Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al Kahriah di Kupang, Baling, Kedah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara kerja-kerja pembersihan tersebut melibatkan seramai 73 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara, Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMRovers) dan dibantu oleh kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta ibu pejabat Polis Daerah Baling.

“Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, misi bantuan dan sumbangan pada hari ini diketuai oleh Juruiring Tentera Laut kepada Baginda, Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim. Turut menyertai misi ini, Juruiring Polis Seri Paduka Baginda, SAC Datuk Azry Akmar Datuk Ayob,” menurut Istana Negara.

Menurut catatan itu, Sharum turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) berbentuk baju sekolah, alat tulis dan kasut sekolah kepada 396 pelajar.

Pasukan TMRovers pula menyampaikan sumbangan berbentuk barangan elektrik kepada pemilik rumah yang terjejas banjir dan mesin penyembur air untuk sekolah yang terkesan akibat bencana banjir di Baling baru-baru ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa simpati dengan ujian serta keperitan yang ditanggung mangsa banjir di Baling, Kedah dan juga menzahirkan harapan semoga bantuan serta sumbangan yang dihulurkan dapat mengurangkan beban mereka,” menurut Istana Negara.

Istana Negara menerusi Facebook turut berkongsi 22 keping gambar yang dirakamkan ketika kerja pembersihan sekolah dilakukan dan penyampaian pelbagai sumbangan kepada mangsa banjir.

Menurut catatan itu Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara ditubuhkan atas cetusan idea Seri Paduka dengan tujuan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang telah hilang tempat berteduh dan mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda susulan bencana atau musibah.

Sebelum ini, Pasukan Bantuan Bencana Banjir Istana Negara telah menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings