the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekurang-kurangnya 15 maut akibat serangan udara Rusia di wilayah Donetsk

DONETSK: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lima lagi cedera akibat serangan udara Rusia di wilayah Donetsk, Ukraine, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Lima mangsa yang cedera berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan lima tingkat di bandar Chasiv Yar, lapor Agensi Berita Ukraine (Ukrinform), memetik kenyataan ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko, pada Ahad.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 15 orang maut tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu.

Empat peluru berpandu yang dilancarkan Rusia membedil penempatan Pivdenny di selatan Chasiv Yar, kira-kira 30 kilometer dari Donetsk.

Serangan berlaku pada Sabtu, 9.17 malam waktu tempatan, kata Oleg Kirnitskiy dari Pusat Media Polis Wilayah Donetsk.

Kirnitskiy berkata, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di sekitar runtuhan di Jalan Yujnaya.

“Dua mangsa cuba mendapatkan bantuan dari bawah runtuhan pada waktu pagi,“ katanya sambil menambah sekitar 35 orang termasuk seorang kanak-kanak masih terperangkap di bawah runtuhan.

Dipercayai empat roket jenis Uragan, senjata yang dilarang digunakan di kawasan awam telah digunakan dalam serangan itu, kata Kirnitskiy.

Hampir 4,900 orang awam terbunuh di Ukraine sejak operasi ketenteraan bermula pada 24 Feb, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Lebih 15 juta rakyatnya terpaksa meninggalkan kediaman mereka, termasuk lebih 8.4 juta melarikan diri ke negara lain. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings