the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan lokasi di Pulau Pinang masih alami gangguan bekalan air

GEORGE TOWN: Sembilan lokasi di Pulau Pinang masih mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Dua pada Rabu lepas akibat banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah.

Kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bekalan air di kebanyakan kawasan di negeri itu telah berjaya dipulihkan namun sembilan lokasi iaitu lapan di daerah Barat Daya dan satu di daerah Seberang Perai Selatan masih terganggu setakat 6 petang tadi.

“PBAPP masih lagi berusaha tanpa henti untuk memastikan bekalan air dapat dipulihkan ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak Rabu lepas,“ menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PBAPP hari ini.

Pada Rabu lepas, operasi LRA di Sungai Dua terpaksa dihentikan selama empat jam berikutan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi susulan insiden banjir dan fenomena kepala air di Baling.

Menurut PBAPP, bagi mengurangkan kesulitan pengguna yang terjejas, bekalan air bersih akan diagih menggunakan lori tangki perbadanan itu, Pertubuhan Bomba Sukarela, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

“PBAPP turut mengagihkan bantuan air minum berbotol melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan yang terjejas di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada hospital, pusat dialisis dan kecemasan lain seperti urusan jenazah,“ katanya.

Lokasi yang masih terjejas ialah Relau, Persiaran Kelicap, Jalan Kenari, Kampung Matahari Naik, Puspakom, Batu Hitam, Casia Sunway dan Permatang Damar Laut di daerah Barat Daya manakala daerah Seberang Perai Selatan melibatkan lokasi di Kompleks Penjara. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings