the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat Sri Lanka dinasihat jangan salah guna pas lawatan sosial

NEW DELHI: Kerajaan Sri Lanka menasihati rakyatnya supaya tidak mencari pekerjaan secara haram di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Pihak berkuasa Malaysia menghantar pulang kira-kira 20 warga Sri Lanka setiap minggu selepas menolak kemasukan mereka kerana tidak menggunakan dokumen yang sah, menurut Kementerian Pertahanan Sri Lanka.

“Pasukan Petugas Anti Pemerdagangan Orang Nasional telah dimaklumkan bahawa semakin ramai rakyat Sri Lanka yang tiba di Malaysia dengan visa lawatan kerana mempercayai visa itu boleh ditukar kepada visa bekerja.

“Ramai warga yang berjaya masuk ke Malaysia dengan visa lawatan kemudiannya mendapati mereka ditipu oleh “ejen pekerjaan”,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kementerian semua bakal migran perlu menggunakan saluran yang sah dan mendaftar dengan Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka (SLBFE) sebelum meninggalkan negara.

Kegawatan ekonomi dan politik Sri Lanka yang belum pernah berlaku sebelum ini telah mengakibatkan pengangguran yang besar, inflasi tinggi dan kekurangan barangan keperluan dan tenaga yang meruncing.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings