the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kajian elaun sara hidup pelajar tajaan Mara dibentang ke kabinet hujung bulan: Mahdzir

KUALA LUMPUR: Kertas kerja mengenai kajian kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan dibentangkan kepada Kabinet hujung bulan ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kajian berkenaan bukan sahaja melibatkan kadar elaun sara hidup pelajar di United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun, bahkan turut membabitkan pelajar dalam negara.

Menurutnya kajian dilakukan memandangkan ramai pelajar terkesan dengan kos sara hidup di negara tersebut yang membabitkan bekalan elektrik, air, gas, pengangkutan awam dan sewa rumah.

“Dahulu sewa rumah seorang boleh dapat (sekitar) £80 (RM434.99) ke £120 (RM652.42) seminggu, (tetapi) sekarang tidak boleh dapat harga begitu,” katanya kepada pemberita selepas penutup Program Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kebolehpasaran siswazah Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan profesional yang dilahirkan Mara berjaya mencapai hingga 94 peratus, sekali gus membuktikan siswazah Institusi Pendidikan Mara (IPMA) memiliki ciri holistik dan kemahiran asas tinggi bertepatan kehendak industri.

Sementara itu, mengenai program berkenaan, Mahdzir berkata lebih 1,500 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi disediakan oleh 10 syarikat kepada siswazah Mara dengan seramai 1,200 siswazah telah mendapat padanan kerjaya.

Beliau berkata dianggarkan 3,000 pelajar dan graduan Mara hadir untuk mencari padanan kerjaya mereka sepanjang dua hari penganjuran program tersebut.

Program padanan kerjaya Mara yang merupakan sebahagian Agenda Keluarga Malaysia di bawah Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia memberi tumpuan kepada tiga program utama iaitu Inisiatif Pengajian, Latihan dan Penempatan Jangka Pendek (MySTEP) serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia).

“Anjuran program seperti ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran siswazah Bumiputera dengan mengurangkan masalah ketidakpadanan bidang pengajian dan skop kerja dalam industri.

“Kerajaan sentiasa komited untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada siswazah dan saya percaya usaha berterusan Mara akan memastikan siswazah Bumiputera tidak tercicir dan mendapat pekerjaan mengikut bidang berdasarkan kelayakan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings