the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPN peruntuk RM13.07 juta biaya pendidikan prasekolah kanak-kanak India B40

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) memperuntukkan geran kira-kira RM13.07 juta bagi membiayai pendidikan prasekolah 5,164 kanak-kanak India B40 yang berumur antara 4 dan 6 tahun.

KPN berkata geran itu meliputi pembiayaan yuran pendidikan bagi sesi persekolahan 2022/2023 mulai Mac lepas sehingga Februari tahun depan, pemberian buku dan lembaran kerja, ‘starter kit’ pakaian seragam dan alat tulis dan subsidi bagi penyediaan sarapan pagi untuk kanak-kanak B40 berkenaan.

KPN dalam kenyataan hari ini berkata geran itu disalurkan melalui lima organisasi melibatkan 214 prasekolah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique(gambar) dalam kenyataan sama berkata bantuan itu bertujuan untuk memastikan kanak-kanak India B40 turut mendapat peluang mengikuti pendidikan prasekolah sebagai persediaan untuk memasuki pendidikan formal tahun satu kelak.

“Inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa khususnya dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa ini,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings