the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengubahan wang haram: SC Malaysia mohon kerjasama orang awam kesan enam individu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan enam individu yang dipercayai terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram.

SC dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka ialah Noor Hayazi Ahmad dengan alamat terakhir di Jitra, Kedah; Muhammad Harith Aiman Shaharuddin (Petaling Jaya, Selangor) dan Ahmad Azlan Edi (Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur).

“Tiga lagi individu ialah Muhammad Rafie Hadhari beralamat terakhir di Markas Tentera Darat, Jalan Kementah di sini serta di Lubok China dan Masjid Tanah di Melaka.

“Gary Tapau Umut pula beralamat terakhir di Engkilili, Sarawak, Taman Tampoi Indah dan Taman Desa Harmoni di Johor serta di Kepong di sini manakala individu terakhir iaitu Amir Shahrum Nordin pula beralamat terakhir di Tronoh dan Bandar Seri Iskandar di Perak serta Jalan Larkin di Johor,“ menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kesemua individu terbabit disiasat atas kesalahan melanggar Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) kerana menerima hasil haram melalui akaun bank mereka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu berikut boleh memaklumkan kepada SC di talian 012-6108 793 atau e-mel kepada [email protected],“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings