the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Petronas Terbuka Malaysia 2022: Gelaran juara pertama bersejarah bagi Apriyani-Siti Fadia

KUALA LUMPUR: Gandingan baharu beregu wanita Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti menjulang kejuaraan pertama mereka di Petronas Terbuka Malaysia 2022 di sini, hari ini, meskipun baru sebulan membuat penampilan sulung.

Ini adalah kejohanan terbuka ketiga mereka selepas kali pertama digandingkan pada Indonesia Masters bulan lepas.

Apriyani-Siti Fadia mengakhiri prestasi cemerlang mereka untuk dimahkotakan sebagai juara selepas menundukkan Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China menerusi set penentuan di Arena Axiata.

Gandingan nombor 133 dunia itu menang set pertama 21-18, namun gagal mengekalkan permulaan cemerlang mereka sekali gus membolehkan Shu Xian-Yu bangkit untuk menang 12-21.

Ketika ketinggalan tiga mata 4-7 pada set penentuan, pasangan Indonesia itu berjaya merubah kedudukan untuk mendahului pada mata 13-12 seterusnya mengekalkan rentak permainan bagi meraih mata kemenangan 21-19.

Berita bersambung.. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings