the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kongsi gelap terlibat kes tembak di Meru – Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM: Polis mengesahkan penglibatan kongsi gelap dalam kes tembak mengakibatkan kematian seorang individu dalam kejadian berdekatan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang dekat sini pada 20 Jun.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini pihaknya telah menahan dua suspek warga tempatan berusia 25 dan 40 tahun selain memanggil 12 saksi awam bagi membantu siasatan.

“Dua suspek ditahan pada hari berbeza di sekitar Klang baru-baru ini, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap. Mereka bekerja sendiri dan kita percaya boleh membantu siasatan kes.

“Kita percaya ini bukan kejadian rambang dan motif dipercayai akibat perbalahan antara kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hussein berkata polis juga menyiasat sama ada kejadian melibatkan pembunuh upahan atau dilakukan anggota kongsi gelap sendiri.

Pada 20 Jun, Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao mengesahkan seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun ditemukan mati dalam keadaan mengiring di tempat pemandu sebuah kereta dipercayai ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal di Meru.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings