the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba selamatkan remaja terperangkap dalam kebakaran di George Town

GEORGE TOWN: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Aparment 99, Taman Sinar Pelangi, Jelutong di sini malam Isnin (Jun 30).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran di bahagian balkoni dan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terperangkap di dalam kediaman tersebut, dipercayai hanya seorang diri dengan pintu berkunci.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja memecah pintu dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi tamat pada 8.44 malam dan punca kebakaran sedang disiasat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Telefon pintar bukan pengasuh kanak-kanak: Nancy

Menteri Nancy Shukri menggesa ibu bapa hentikan amalan menggunakan telefon pintar sebagai pengasuh kanak-kanak, kesan negatif terhadap emosi dan sosial perlu ditangani.
spot_img

Popular Categories