the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Balik kampung ke Kota Kinabalu penzahiran satu harapan, penghormatan dan kasih sayang: Penny Wong

KOTA KINABALU: Menteri Luar Australia Penny Wong menjelaskan perjalanan balik kampung beliau ke Kota Kinabalu sebagai lebih daripada sekadar satu kepulangan.

Beliau berkata lawatan dua hari beliau mulai hari ini merupakan suatu penzahiran harapan, penghormatan dan kasih sayang.

“Penzahiran sebuah harapan bahawa kisah saya dan keluarga saya boleh menyumbang kepada hubungan antara negara kelahiran saya dan negara saya. Kisah ini boleh membawa hubungan peribadi dan insan bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Ia merupakan satu penghormatan kepada tempat dan masyarakat, keluarga saya yang membolehkan saya berdiri di sini malam ini sebagai Menteri Luar Negeri Australia,” kata beliau di sini malam ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di satu majlis sambutan bersama orang terkemuka di Sabah di sebuah hotel di sini yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee.

Wong berkata kepulangan beliau merupakan satu penghormatan kepada neneknya Lai Fung Shim kerana keberaniannya memberi inspirasi kepada semua dan bapa beliau Francis Wong yang keazaman dan cita-citanya membolehkan beliau menikmati banyak peluang.

“Ia juga merupakan penzahiran kasih sayang kepada tempat ini dan juga masyarakatnya dengan kenangan zaman kanak-kanak di Pantai Tanjung Aru, Pulau Mamutik, Gunung Kinabalu, Jambatan Tamparuli, Sungai Tambunan, Poh-Poh (nenek), ayam cendawan dan bapa membeli ikan dan udang segar untuk makan tengah hari.

Semua kenangan ini dan banyak lagi yang berada di dalam hatinya.

Wong berkata kisah beliau merupakan sebuah kisah Malaysia dan juga sebuah kisah Australia, pengalaman penghijrahan yang dikongsi ramai warga Australia yang mereka dilahirkan di luar negara dan mempunyai ibu bapa yang dilahirkan di seberang laut,

“Apabila kamu berjalan di sebuah bandar di Australia anda lihat dan mendengar kisah ini dan saya katakan kepada anda ini adalah Australia moden inilah Australia hari ini,” katanya.

Wong akan menyambung lawatan balik kampungnya pagi esok dengan lawatan ke bekas sekolah beliau Kinabalu International School dan bersiar-siar di pekan Cina Luyang.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings