the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki samar polis minta rasuah RM300 dicekup di Ipoh

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis tahan lelaki tempatan disyaki menyamar anggota polis trafik, minta rasuah RM300 daripada mangsa di Taman Ipoh Timur Baru.

IPOH: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggota polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah restoran di Taman Ipoh Timur Baru, Bercham awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian itu yang tular di media sosial, memaparkan suspek berusia lingkungan 20-an menyerupai anggota polis trafik dan menahan seorang penunggang motosikal.

“Siasatan mendapati suspek telah menahan mangsa dan mendakwa mangsa melakukan kesalahan ubah suai motosikal, sebelum meminta wang tunai RM300 sebagai sogokan bagi mengelak saman. 

“Mangsa yang curiga telah menghubungi rakannya, lalu pihak polis dimaklumkan dan suspek berjaya ditahan bersama beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan penyamaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata antara barangan yang dirampas termasuk vest pantul cahaya bertulis “bike rescue”, topi dan kasut berlogo PDRM, dua buah motosikal, walkie-talkie serta beberapa pelekat logo rasmi PDRM.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings