the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pahang terima RM44.054 juta untuk bina, baik pulih rumah terkesan banjir

KUANTAN: Sebanyak RM44.054 juta telah diperuntukkan di Pahang bagi kerja-kerja pembinaan dan pembaikan struktur rumah yang terkesan akibat banjir besar hujung tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata selain kerajaan negeri, peruntukan juga diterima daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di samping sumbangan Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Katanya 148 buah rumah yang musnah sepenuhnya akibat bencana itu dibina baru dengan harga RM75,000 sebuah bagi rumah jenis tidak bertiang, dan RM100,000 untuk rumah bertiang, manakala kerja baik pulih melibatkan 3,948 rumah dengan anggaran kos sehingga RM15,000 sebuah.

“Kerja-kerja verifikasi dan pembaikan kerosakan rumah telah bermula seawal Januari lepas dan dijangka selesai Ogos ini, manakala kerja-kerja pembinaan rumah baharu akan bermula Jun ini dengan jangkaan selesai selewat-lewatnya September,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri telah melantik 90 kontraktor di seluruh negeri setakat ini, dengan 13 lagi kontraktor dijangka dilantik dalam masa terdekat.

Kerja-kerja pembaikan dan pembinaan itu juga melibatkan pihak berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Perumahan Negara Berhad, PR1MA Malaysia, FELCRA Bina dan Giat Mara.

Wan Rosdy berkata pihaknya juga akan melakukan pemantauan sepanjang kerja pembaikan dan pembinaan berjalan bagi memastikan rumah terlibat disiapkan sebaiknya untuk keselesaan mangsa yang telah diuji dengan bencana itu. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings