the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kekal patuhi SOP ketika Thaipusam dan Tahun Baharu Cina – Khairy

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Thaipusam esok dan juga Tahun Baharu Cina bulan hadapan

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan di akaun Tweeternya hari ini meminta orang ramai untuk terus memakai pelitup muka dan mengamalkan TRIIS – uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan setiap masa; tukarkan kepada ‘MySJ Trace’ pada aplikasi MySejahtera mereka dan dapatkan dos penggalak.

“Kami telah lakukan dengan baik memastikan kadar jangkitan COVID-19 kekal berada di bawah kawalan ketika Krismas dan Tahun Baharu, walaupun berhadapan Omicron.

“Pada ketika kita sambut Thaipusam dan CNY (Tahun Baharu Cina) jumlah jangkitan harian boleh meningkat, jadi terus kekalkan SOP (terutamanya menggunakan pelitup muka), TRIIS, aktifkan ‘MySJ Trace’ di tempat sesak dan dapatkan dos penggalak,” katanya.

Khairy berkata sehingga kini 4,724,012 pengguna MySejahtera telah mengaktifkan MySJ Trace dan 2,179 kes positif telah muat naik interaksi mereka yang telah membantu memaklumkan orang lain yang berada dalam kawasan berdekatan untuk memantau untuk simptom atau lakukan ujian kendiri.

Beliau berkata sertailah komuniti MySJ untuk terus memastikan semua selamat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings