the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjual besi buruk mengaku tidak bersalah tetak mangsa

KOTA BHARU: Seorang penjual besi buruk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki menggunakan sebilah parang, minggu lepas.

Mohamad Shahzrie Sham Sabuding(gambar), 25, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mohamad Shahzrie Sham didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas Mohd Faain Adha Azliza, 30, di Sungai Bechah dekat Gunong, Bachok pada pukul 12.10 tengah malam, 8 Mac lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings