Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Caruman KWSP 2% untuk pekerja asing selaras amalan terbaik global

The Sun Webdesk

Steven Sim sokong caruman KWSP 2% untuk pekerja asing sebagai langkah wajar demi keadilan sosial dan reputasi global Malaysia

GEORGE TOWN: Pelaksanaan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak dua peratus bagi majikan dan pekerja bukan warganegara merupakan langkah wajar bagi memastikan keadilan sosial sekali gus memelihara reputasi Malaysia pada peringkat global.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata langkah menetapkan kadar dua peratus itu mematuhi piawaian antarabangsa seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan penting bagi mengekalkan kredibiliti Malaysia di pasaran dunia.

Beliau menjelaskan pelaksanaan caruman dua peratus yang bermula bulan lepas memberikan tiga manfaat utama iaitu mengurangkan aliran keluar mata wang asing yang dianggarkan sekitar satu bilion ringgit setahun.

Faedah seterusnya termasuk meminimumkan risiko pekerja lari daripada majikan serta menyediakan dana kecemasan kepada pekerja bukan warganegara ketika berada di Malaysia. “Caruman ini bukan skim persaraan seperti untuk rakyat tempatan sebaliknya simpanan yang boleh dikeluarkan apabila mereka pulang ke negara asal.

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan kecemasan termasuk dalam kes kematian. “Kadar dua peratus adalah kadar tetap dan mungkin nampak kecil berbanding lebih 10 peratus yang dicarum oleh pekerja tempatan tetapi sekurang-kurangnya memberikan perlindungan sosial asas kepada mereka,” katanya pada sesi ‘Morning Talk with the Human Resources Minister’ pada Tax Seminar on Budget 2026 di sini hari ini.

Sim berkata walaupun pelaksanaan dasar itu tidak berada di bawah kementeriannya kerana KWSP terletak di bawah Kementerian Kewangan namun beliau ingin membetulkan persepsi mengenai tujuan sebenar pelaksanaan dasar berkenaan.

Beliau berkata dasar berkenaan bersifat seimbang dari segi ekonomi dan sosial selain memberi isyarat bahawa Malaysia serius terhadap hak pekerja serta tadbir urus pasaran buruh asing yang beretika. “Secara prinsipnya ia perkara yang betul untuk dilakukan dan dari segi undang-undang ia selaras dengan kehendak peraturan buruh antarabangsa.

Dari segi praktikal pula ia memberi kesan segera kepada negara,” katanya.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Grant Thornton dan dihadiri lebih daripada 266 peserta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

A well-oiled machinery & equipment sector: The silent strength powering Malaysia’s semiconductor manufacturing excellence

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 3 November 2025 - In the global semiconductor race, the loudest voices don't always belong to those doing the heaviest lifting. While headlines trumpet chip breakthroughs and billion-dollar fabs, Malaysia has been quietly perfecting something far more fundamental: the machinery and equipment that makes it all possible.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img