the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki didakwa terima deposit pelaburan tanpa lesen lebih RM400,000

SEREMBAN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima wang deposit tanpa lesen bagi tujuan pelaburan berjumlah RM449,700, tiga tahun lepas.

B V Jagdeep Singh, 37, didakwa menerima deposit itu daripada Alfred C K Joseph, menerusi enam transaksi bank berjumlah RM25,200 hingga RM235,000 sebagai pelaburan yang tertuduh tidak mempunyai lesen bagi tujuan tersebut.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Maybank Bandar Nilai antara 25 Jun hingga 17 Ogos 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Christopher Enteri Anak Mawan menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Harjinder Singh Sandhu yang mewakili Jagdeep memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai tiga anak berusia dua tahun hingga enam tahun.

Hakim Diana Md Razali membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 14 Feb depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings