the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM buka kertas siasatan kes kolam takungan air – Azam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir di sekitar ibu negara yang diluluskan ditukar status untuk projek pembangunan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM akan menyiasat melibatkan pelbagai aspek termasuklah unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Setakat ini, belum ada lagi mana-mana individu yang akan dipanggil (berhubung isu ini). Kes ini disiasat di bawah Akta SPRM 2009,” katanya kepada Bernama hari ini.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera berhubung dakwaan terbabit yang bertentangan dengan matlamat sebenar keperluan kolam berkenaan.

Beliau juga dilaporkan berkata Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) 2020. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Green SM officially launches all-electric ride-hailing service in Kazakhstan

Green SM has launched its all-electric ride-hailing service in Kazakhstan, expanding into its sixth international market. Operating with VinFast VF 6 Eco vehicles in Almaty, the company aims to deliver sustainable, technology-driven, and reliable mobility solutions while strengthening its global green transportation network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings