Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Sibu atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah bernilai berjuta-juta ringgit.
SIBU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan kesalahan dadah.
Tie Teck Hock, 53, dan isterinya Lee Chee Fei, 45, didakwa secara bersama mengedar 4,037.8 gram metafetamina di sebuah rumah di Lorong Permai Jaya 9D1B1 pada 12 Jun lepas.
Mereka turut didakwa memiliki 1,422.2 gram ketamin dan 64.4 gram nimetazepam di tempat dan masa yang sama.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori.
Tie juga didakwa secara berasingan mengedar 700.9 gram metamfetamina di New Hee’s Food Corner, Jalan Pedada pada malam yang sama.
Hakim Wong Tung Siong menetapkan 21 hingga 25 September tahun depan untuk perbicaraan.
Kedua-dua tertuduh diperintahkan ditahan reman sementara menunggu prosiding.
Pengurusan kes praperbicaraan ditetapkan pada 7 Januari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Darren Ling. – Bernama









