Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Saksi akui bawa Zara Qairina ke bilik lain untuk pemeriksaan mengejut

The Sun Webdesk

Saksi kanak-kanak dedah pemeriksaan mengejut barangan Zara Qairina di asrama, jumpa pin bendera milik pelajar lain dalam poket seluar arwah.

KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini, bahawa dia membawa Zara Qairina Mahathir ke bilik lain bagi membolehkan pemeriksaan almari dan barangan milik Allahyarham dilakukan pada malam 15 Julai lepas.

Keterangan itu diberikan oleh saksi kanak-kanak ke-29, yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar pada hari ke-33 prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, hari ini.

Berkongsi keterangan saksi, peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh yang mewakili ibu Zara Qairina berkata saksi bertindak sedemikian selepas beberapa pelajar dorm lain memutuskan untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap barangan Allahyarham, berikutan kejadian kehilangan wang, pin bendera dan pakaian di asrama berkenaan.

Beliau berkata semasa Zara Qairina sudah berada di bilik lain itu, saksi kembali semula ke bilik Allahyarham dan meninggalkan Zara Qairina di bilik itu bersama pelajar junior.

Mohd Syarulnizam berkata saksi juga meminta pelajar junior itu untuk membawa Zara Qairina bercerita dengan lebih lama supaya mereka boleh membuat pemeriksaan mengejut di dorm tanpa pengetahuan Zara Qairina.

“Saksi berkata bila dia memeriksa beg Zara Qairina, dia ada menjumpai satu pin bendera kepunyaan pelajar senior dan satu lagi pin bendera kepunyaan pelajar junior di poket seluar Zara Qairina. Saksi menyerahkan sendiri pin bendera berkenaan kepada pelajar senior,” kata peguam itu ketika ditemui pemberita selepas prosiding.

Mohd Syarulnizam berkata selepas pemeriksaan mengejut di bilik Zara Qairina, saksi kemudian lalu di sebuah lagi bilik lain dan melihat dengan jelas ada beberapa pelajar senior di sekeliling Zara Qairina, namun saksi tidak masuk campur dan pergi ke aras bawah untuk menyeterika baju.

Beliau berkata setelah selesai menyeterika, saksi mendapati Zara Qairina sudah kembali ke biliknya dan melihat Zara Qairina menangis dan menjerit “Aku nda curi bah” (aku tidak curidalam keadaan tertekan.

“Saksi berkata tiada sesiapa berani menenangkan Zara Qairina ketika itu, termasuk dia sendiri kerana saksi tidak berani menenangkan Zara Qairina bila dia (Zara Qairina) dalam keadaan marah.

“Saksi tidak pernah melihat arwah dibuli secara fizikal, namun mengakui wujud suasana ejekan dan sindiran antara pelajar-pelajar senior dan junior lain terhadap Zara Qairina,” katanya.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung esok. – Bernama

Related

spot_img

Latest

FIA Karting Arrive and Drive World Cup set for debut in Malaysia

Budding racers from around the world will gather at the LYL International Circuit in Malaysia for the inaugural FIA Karting Arrive and Drive World Cup, taking place from Nov 14 - 16. A total of 107 drivers aged 12–19 will compete on Asia’s largest karting circuit, which features a 1.5km layout with challenging corners, chicanes, and a unique bridge-and-tunnel section. The event marks Malaysia’s debut as host of an FIA karting world competition, highlighting its growing role in global motorsport.

Most Viewed

IP Merchandise Emerges as the New Ace in the Young Consumer Market; GiftOne Decodes Industry Trends and Offers Custom Custom IP Gift Solutions

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Apex One Global Limited, a Hong Kong-based corporate gift customisation company operating under the brand name GiftOne, today released a market observation report providing an in-depth analysis of the "breakthrough code" for IP merchandise (IP Gift) in the young consumer market.

Xencelabs Launches Ultra-Portable 4K OLED Pen Display 16 Lite​

VANCOUVER, CANADA - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Xencelabs today announced the Pen Display 16 Lite, a new ultra-portable 4K OLED pen display designed for mobile professionals.

All-new Mazda BT-50 launched in Malaysia

Bermaz Motor has officially launched the All-New Mazda BT-50, bringing a new level of refinement, technology, and practicality to Malaysia’s pickup truck segment. The BT-50 embodies Mazda’s KODO: Soul of Motion design philosophy, translating the brand’s sense of movement and elegance into the shape of a pickup. Every surface and contour has been carefully crafted to balance strength and proportion, giving the vehicle a poised and confident appearance.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img