the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan anggar kutipan Cukai Makmur sekurang-kurangnya RM3 bilion — Timb Menteri Kewangan II

KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggarkan untuk memperoleh kutipan sekurang-kurangnya RM3 bilion melalui pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa (gambar).

Beliau berkata Cukai Makmur dilaksanakan hasil cadangan banyak pihak yang mahukan syarikat yang tidak terkesan dengan pandemik COVID-19 mengambil bahagian dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

“Biarpun secara amnya, kenaikan itu sebanyak sembilan peratus, ia adalah secara ‘one-off’ dan agak berpatutan memandangkan syarikat masih lagi memperoleh keuntungan yang tinggi dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

“Ia dilaksanakan secara adil dan tidak menyasarkan kepada industri atau sektor tertentu sahaja,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu mengenai anggaran jumlah yang bakal diperoleh kerajaan melalui pelaksanaan Cukai Makmur.

Menerusi Cukai Makmur, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.

Dalam pada itu, Yamani berkata kerajaan belum melaksanakan Cukai Keuntungan Modal secara menyeluruh, termasuk mengenakan cukai ke atas keuntungan pasaran modal.

“Kerajaan juga tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai harta pusaka atau cukai warisan sebagai langkah untuk menambah hasil negara,” katanya. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings