the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar gesa sistem pendidikan beri ruang pelajar berfikir dan berhujah

PM Anwar mahu sistem pendidikan Malaysia beri ruang pelajar berfikir kritis dan berhujah, bebas daripada cara fikir terjajah dan jumud.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sistem pendidikan perlu memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir, berhujah dan menyatakan pandangan berdasarkan ilmu bagi melahirkan masyarakat yang mampu berfikir secara kritis serta berani menegakkan kebenaran.

Beliau berkata selari dengan kemajuan negara, sistem pendidikan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada peperiksaan dan hafalan semata-mata, selain perlu bebas daripada cara fikir terjajah dan jumud.

“Jumud ertinya terlalu taasub dengan cara dan kaedah lama. Tak mahu pembaharuan, tak mahu teknologi baharu. Tidak bersedia menerima idea-idea baharu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 di sini hari ini.

Justeru, Anwar memuji penganjuran FOI oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan menyifatkannya sebagai platform penting untuk mencambah pemikiran segar dan terbuka selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Embracing an intelligent future: UnionPay showcases AI innovation at WAIC 2026

UnionPay introduced new AI technologies and its "1+6+N" AI achievements framework at WAIC 2026, strengthening industry collaboration and advancing intelligent financial services through shared infrastructure, secure AI capabilities and real-world financial applications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings