Mangsa 56 tahun cedera parah kepala ditetak adik 49 tahun menggunakan parang di Ayer Tawar akibat pergaduhan isu bilik air.
IPOH: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dipercayai ditetak adiknya sendiri menggunakan parang di Ayer Tawar, Manjung.
Mangsa berusia 56 tahun kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.30 petang.
“Siasatan pihak polis dapati mangsa adalah abang kepada suspek dan tinggal serumah dengan suspek sekeluarga,” katanya.
ALSO READ: Lelaki dihukum 20 tahun penjara kerana tetak isteri dan anak dengan parang
Punca pergaduhan berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menendang pintu bilik air ketika anak perempuannya masih berada di dalam.
Hasbullah berkata polis berjaya menahan suspek berusia 49 tahun pada 1.55 petang.
Polis juga merampas sebilah parang yang disyaki sebagai senjata digunakan dalam kejadian itu.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Bernama









