Friday, November 7, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki warga India ditemui mati dipercayai dibaham buaya di Kuala Tutoh

Bernama

Seorang lelaki warga India ditemui mati di Sungai Kuala Tutoh dengan tangan kiri hilang, disyaki dibaham buaya ketika operasi SAR dua hari.

KUALA TUTOH: Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Tutoh, Baram ditemui meninggal dunia pagi tadi dalam keadaan mayat tidak sempurna.

Mangsa berusia 21 tahun dikenali sebagai Prashant ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dikhuatiri lemas.

Ketika pasukan pencarian menemui mangsa, seekor buaya dilihat sedang menggigit tangan kiri mangsa.

BACA: Pekerja ladang Indonesia maut disambar buaya di Sungai Niah

Keseluruhan tangan kiri mangsa hilang disyaki dibaham buaya itu.

Punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan sama ada berkaitan serangan buaya atau sebaliknya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat.

Operasi SAR berlangsung selama dua hari dan tamat pada 11 pagi tadi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi.

Operasi itu turut disertai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sungai berkenaan pada Rabu lepas.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima makluman kehilangan mangsa daripada IPD Marudi sebelum operasi dimulakan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img