the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid: 5,446 kes baharu, jumlah kumulatif 2,678,465 kes

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,446 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, meningkat daripada 5,020 kes semalam menjadikan kumulatif kes kini sebanyak 2,678,465.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 5,446 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 88 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima dan 5,358 kes atau 98.4 peratus adalah kategori satu dan dua.

Menerusi kenyataan situasi semasa Covid-19 hari ini, Dr Noor Hisham berkata kes sembuh pula mencatatkan 5,427 kes menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih adalah 2,586,822.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata 419 kes disahkan pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 232 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 17 lagi kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara adalah sebanyak 254 kluster.

Beliau berkata nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) Malaysia setakat semalam pula adalah 0.98.

Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings