Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda Wilayah Iwate, Jepun, dengan amaran tsunami dikeluarkan di pantai timur.
TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.7 melanda Wilayah Iwate, Jepun pada Ahad, menurut agensi meteorologi negara itu, lapor Xinhua.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) telah mengeluarkan nasihat tsunami bagi pantai timur wilayah berkenaan. – Bernama-Xinhua






