Monday, November 10, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taufan Uwan landa Filipina, pindah 1.4 juta penduduk

Taufan Uwan paksa 1.4 juta penduduk Filipina dipindah, lapor dua kematian di Bicol dan Visayas Timur, ribuan rumah rosak

MANILA: Sekurang-kurangnya 1.4 juta orang dipindahkan apabila Taufan Uwan melanda sebahagian besar kawasan di Filipina pada hujung minggu, dengan dua kematian dilaporkan di Wilayah Bicol dan Visayas Timur, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) pada Isnin.

Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan Timbalan Pentadbir OCD Bernardo Rafaelito Alejandro IV dalam kenyataan video kepada pemberita berkata mangsa yang dipindahkan terdiri daripada kira-kira 426,000 keluarga.

Beliau berkata angka itu berdasarkan data yang diberikan oleh Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Alejandro berkata sebahagian besar mangsa yang dipindahkan datang dari Wilayah Bicol, diikuti Visayas Timur dan Calabarzon.

Beliau menambah bahawa kira-kira 6,000 pusat pemindahan kini beroperasi, menempatkan sekitar 318,000 individu atau 92,000 keluarga.

“Bagi mangsa korban taufan, terdapat laporan yang masih dalam proses pengesahan – dua kematian: seorang dari Viga, Catanduanes, akibat lemas dan seorang lagi dari Catbalogan City, Samar yang dihempap struktur runtuh,” kata Alejandro, sambil menambah bahawa dua individu lain turut cedera.

Beliau berkata penilaian terhadap kerosakan infrastruktur dan pertanian akibat Uwan masih dijalankan. Kira-kira 1,000 rumah dilaporkan rosak akibat taufan itu. – Bernama-PNA

Related

spot_img

Latest

Triple the probiotics, triple the relief: Life-Space launches Triple Strength Probiotics in Singapore

Life-Space, Australia’s leading probiotic brand, has launched Triple Strength Probiotics in Singapore — a powerful gut health supplement delivering 96 billion CFUs per capsule. Clinically shown to reduce gut transit time by 18 hours, this next-generation formula supports digestion, restores gut balance, and strengthens immunity for lasting relief and whole-body vitality.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories