the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kenyataan 'susahkan' antivaksin: Kerajaan cukup beri penerangan kebaikan vaksin: Khairy

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin(gambar) berkata kerajaan telah cukup berusaha memberikan penerangan mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 kepada rakyat.

Khairy berkata malah kementeriannya telah mengemukakan segala bukti saintifik berhubung keberkesanan vaksin kepada rakyat.

“Dan kita terus memberi penerangan. Saya minta maaf saya perlu tegas dalam isu ini. Panggilah lah saya dajjal atau apa sahaja,” katanya dalam satu ciapan akaun Twitternya hari ini.

Khairy sebelum ini berkata kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Khairy berkenaan kerajaan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya, sebagai satu langkah sombong.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata adalah menjadi peranan kerajaan dalam memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin, dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hotel in Bugis Singapore: Where to stay for culture, dining and heritage

For travellers searching for a luxury hotel in Bugis Singapore, Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore offers a refined base for culture, dining and heritage discovery. Set in the vibrant Bugis and Bras Basah district, the hotel places guests close to Arab Street, Kampong Glam and Marina Bay while delivering unparalleled luxury and essential city connections.

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings