the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB Selangor tegaskan semua proses pampasan WCE telah selesai

MB Selangor nyatakan semua proses pampasan WCE termasuk rundingan dengan penduduk dan penilaian timbang tara telah dilaksanakan sepenuhnya

KUALA SELANGOR: Semua proses termasuk perbincangan bersama penduduk hingga ke peringkat mahkamah telah dilaksanakan susulan arahan mengosongkan tanah bagi kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) membabitkan 19 penduduk di Kampung Jawa, Klang.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata tiada lagi rundingan khususnya membabitkan jumlah pampasan kerana semua proses telah dilalui sepenuhnya termasuk nilaian pampasan yang dilakukan oleh pihak penimbang tara. 

“Proses-proses telah dilalui sepenuhnya. Sudah pergi ke mahkamah, dah proses ke timbang tara. Ia (jumlah pampasan) bukan ditentukan oleh pihak pemaju, ia ditentukan oleh pihak penimbang tara yang saya rasa menilai secara saksama dan adil.

“Saya berharap semua bertanggungjawab, kita harus menyelesaikan (isu ini) dan kerajaan negeri akan bantu sebaik mungkin. Tak kan 150 meter (yang tergendala dalam pembinaan WCE di Kampung Jawa itu) akan mengehadkan atau hentikan seluruh jajaran, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini yang dihadiri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Datuk Chang Khim Wah hari ini.  

Ditanya sama ada terdapat pihak tidak bertanggungjawab menjadikan isu itu sebagai polemik kaum, beliau berkata pihaknya bertindak demi kemaslahatan umum. 

Terdahulu, kerajaan Selangor bersetuju memberikan tambahan dua minggu bermula hari ini hingga 24 Nov kepada penduduk yang terlibat dalam arahan mengosongkan tanah masing-masing bagi pembinaan Lebuhraya WCE. 

Menurut Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Datuk Borhan Aman Shah, surat rasmi penangguhan pengosongan tanah itu telah diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan keputusan itu dibuat mengambil kira keperluan penduduk untuk menguruskan pemindahan masing-masing. 

Sebelum ini penduduk terlibat diberikan tempoh tujuh hari (hingga 10 Nov) untuk mengosongkan tanah masing-masing.

Lebuhraya WCE yang telah 90 peratus siap merupakan projek infrastruktur utama negara melibatkan rangkaian sepanjang 233 kilometer menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak serta turut berfungsi sebagai laluan alternatif ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings