the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sasaran pingat emas Sukan SEA perlukan beregu lelaki terbaik – Herry Iman

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, menegaskan Malaysia perlu menurunkan beregu terbaik jika emas menjadi sasaran pada Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember ini.

Beliau berkata ketika ini terdapat empat pasangan negara berada dalam senarai untuk mewakili Malaysia ke temasya dwitahunan itu.

Pasangan tersebut adalah juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

“Kalau menurut saya (tunggu) sasaran dulu dari BAM apa,“ katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia.

“Kalau memang mahu pingat emas kita beri yang terbaik,“ tambah Herry Iman.

Beliau berkata lebih kurang itu pandangannya dan sedang menunggu keputusan BAM untuk sasaran bagi beregu lelaki.

Menurutnya senarai akhir pemain dijangka diputuskan minggu depan menerusi mesyuarat bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky.

Herry Iman berkata hanya dua pasangan beregu akan dibawa ke Thailand mengambil kira had kuota pemain.

Had kuota pemain turut melibatkan acara berpasukan dalam temasya tersebut.

Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini.

Temasya itu akan berlangsung di venue sekitar Bangkok, Chonburi dan Songkhla. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Telefon pintar bukan pengasuh kanak-kanak: Nancy

Menteri Nancy Shukri menggesa ibu bapa hentikan amalan menggunakan telefon pintar sebagai pengasuh kanak-kanak, kesan negatif terhadap emosi dan sosial perlu ditangani.

Anwar lancar dua inisiatif baharu perkuat jaringan keselamatan sosial

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan program Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat 3.0 bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memperkasakan komuniti akar umbi.
spot_img

Popular Categories