the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAKOA tidak berdepan masalah antivaksin dalam kalangan masyarakat Orang Asli

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak berdepan dengan masalah antivaksin dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Sapiah Mohd Nor berkata hal ini kerana pendedahan dan penerangan mengenai vaksin Covid-19 serta Tok Batin yang memainkan peranan telah memudahkan proses vaksinasi masyarakat Orang Asli.

“Ada sebilangan sahaja yang tidak mahu divaksin kerana takut dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Tetapi setelah kita memberi pendedahan dan penerangan mereka sambut baik. Mereka juga memerlukan idola, jika Tok Batin memainkan peranan dan menjadi contoh yang baik, ia tidak akan menjadi masalah dan mereka semua akan ikut,” katanya kepada pemberita selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Simpang Arang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya jabatan itu berdepan masalah antivaksin dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Sementara itu, Sapiah berkata setakat semalam sebanyak 43 peratus daripada 144,180 Orang Asli yang berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara, telah lengkap menerima vaksin Covid-19.

“Program pemberian vaksin sentiasa berjalan dan saya menjangkakan kita boleh capai anggaran ke arah 60 peratus lengkap vaksin hari ini,” katanya.

Beliau berkata Johor merupakan antara negeri dengan kadar vaksinasi terendah dan menjelaskan setakat semalam sebanyak 39 peratus iaitu 4,638 daripada 11,884 Orang Asli telah lengkap menerima vaksin.

“Setakat ini juga, seramai 871 Orang Asli telah dijangkiti Covid-19 di Johor dengan jumlah paling ramai di daerah Johor Bahru iaitu 604 pesakit, manakala rekod kematian adalah 10 orang hingga kini, ” katanya.

Bagi program bantuan bakul makanan pula, beliau berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperuntukkan sebanyak RM1.53 juta untuk tujuan itu dengan RM49,528 peruntukan bakal memanfaatkan 1,165 penduduk Kampung Orang Asli Masai dan Kampung Orang Asli Simpang Arang di Johor.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings