the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kemuka permohonan siasat dakwaan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Taliban

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi menyiasat dakwaan berhubung dua rakyat negara ini yang ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (pix) berkata pihaknya mengambil maklum mengenai laporan berita dua rakyat negara ini ditahan kerana penglibatan mereka sebagai pejuang Daesh.

“Setakat ini, PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Daesh di Afghanistan.

Bagaimana pun, siasatan sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilapor tersebut melibatkan pejuang Daesh warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara,“ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Media antarabangsa kelmarin melaporkan dua rakyat Malaysia antara enam individu yang ditahan pihak berkuasa Taliban kerana terbabit dalam pertemburan bersenjata di Kabul, Afghanistan pada Khamis lepas.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings