Thursday, November 13, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bot karam Langkawi: Bedah siasat sembilan mangsa selesai

Sembilan daripada 26 mangsa bot karam di perairan Langkawi selesai bedah siasat di HSB, operasi carilamat hari kelima diteruskan

ALOR SETAR: Sembilan daripada 26 mangsa bot karam yang maut di perairan Langkawi telah selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah setakat semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata sebanyak 12 mayat telah dihantar ke HSB dengan sembilan daripadanya selesai dibedah siasat.

Beliau menyatakan 14 mayat lagi masih berada di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi.

“Penghantaran kali pertama ke HSB melibatkan satu mayat pada hari pertama operasi dijalankan manakala penghantaran kedua pada Selasa melibatkan 11 mayat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semua mayat yang dijumpai masih berada di hospital dan belum diserahkan kepada mana-mana pihak.

Mayat yang masih berada di Langkawi juga akan dibawa ke Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Adzli menegaskan semua mayat berkenaan masih belum dikebumikan lagi.

“Kita telah maklumkan kepada pihak kedutaan tetapi tiada maklum balas sehingga kini,” katanya.

Polis akan berbincang dengan pejabat agama berhubung perkara pengebumian berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan susulan insiden bot karam membawa kira-kira 300 imigran.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memaklumkan operasi CARILAMAT memasuki hari kelima.

Operasi disambung semula pada 7.30 pagi melibatkan kawasan seluas 260.15 batu nautika persegi.

Sebanyak 12 aset dari pelbagai agensi telah digerakkan dalam operasi carilamat.

Kelajuan angin ketika ini antara 40 hingga 50 kilometer per jam dengan ketinggian ombak antara 1.5 hingga 2.5 meter. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories