the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKPB: Taman awam, fasiliti sukan seliaan DBKL ditutup kepada orang awam

KUALA LUMPUR: Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 27 Okt.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan taman-taman awam itu ialah Taman Botani Perdana, Taman Awam Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Manjalara, Taman Metropolitan Kepong, Taman Metropolitan Batu, Taman Tasik Datuk Keramat dan Taman Tasik Permaisuri.

Turut ditutup kepada awam ialah Taman Bukit Jalil, Taman Rekreasi Pudu Ulu, Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Alam Damai, Taman Dusun Bandar, Taman Tasik Danau Kota, Taman Tasik Sri Rampai, Taman Kejiranan Ayer Panas dan Taman Rimba Bukit Kerinchi.

“Dalam tempoh itu, semua tandas awam di dalam taman seliaan DBKL juga ditutup kepada awam manakala tandas awam di kawasan bandar masih beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, semua kemudahan sukan di bawah seliaan DBKL juga ditutup sepanjang tempoh PKPB.

Dalam perkembangan sama, DBKL turut memaklumkan semua perpustakaan cawangan ditutup kecuali Perpustakaan Kuala Lumpur dan Pustaka KL di Taman Tun Dr Ismail yang dibuka namun terhad kepada aktiviti meminjam dan memulang buku sahaja.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, DBKL memaklumkan kaunter bayaran DBKL di semua lokasi di Menara 1, 2 dan 3 termasuk di pejabat cawangan masih beroperasi seperti biasa namun tahap prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan.

“Perkhidmatan suntikan tifoid dan meningitis juga akan beroperasi seperti biasa bermula 8.30 pagi hingga 2 petang pada setiap Isnin hingga Khamis dan 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari pada Jumaat.

“Waktu operasi bagi Kaunter Lesen Berpusat di Menara DBKL 2 akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang pada setiap Isnin hingga Khamis dan 8.45 pagi hingga 12.15 tengah hari serta 2.45 petang hingga 4 petang pada setiap Jumaat, terhad kepada 250 nombor sahaja sepanjang tempoh PKPB,” menurut kenyataan itu. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings