the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Namewee dibebaskan dengan jaminan polis, kertas siasatan dirujuk ke PPN KL

Namewee dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 26 Nov sementara menunggu laporan bedah siasat lengkap mangsa, kertas siasatan dirujuk ke PPN KL

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur hari ini, dan akan dirujuk sekali lagi selepas laporan penuh bedah siasat mangsa diperoleh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata Namewee dibebaskan dengan jaminan polis hari ini sehingga 26 Nov sementara menunggu laporan bedah siasat lengkap.

“Setelah kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (Kuala Lumpur) hari ini, Namewee akan dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 26 Nov sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa diperolehi.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula ke pejabat PPN Kuala Lumpur setelah laporan bedah siasat diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata siasatan terhadap kematian pempengaruh Taiwan Hsieh Yun Hsin, 33, masih diteruskan dan arahan siasatan lanjut telah dikeluarkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang petunjuk mengaitkan Namewee dengan punca kematian wanita itu yang ditemukan dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Okt.

Namewee direman pada 5 Nov dan tempoh reman berakhir hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings