the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sindiket tipu majikan RM57,000 dengan pura pegawai imigresen

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JIM Selangor dedahkan sindiket tipu majikan hingga RM57,000 dengan tawaran palsu bebaskan pekerja asing tahanan operasi penguatkuasaan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor mendedahkan taktik sindiket menyamar sebagai pegawai imigresen untuk menipu majikan dengan tawaran palsu membebaskan pekerja asing tahanan operasi.

Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata sindiket berperanan sebagai ‘orang tengah’ itu mengambil kesempatan setiap kali operasi dijalankan untuk memperdaya majikan.

“Setiap kali kita buat operasi, akan ada scammer atau pihak berkepentingan yang menyalahgunakan nama imigresen dengan membuat panggilan kepada majikan dan mengaku pegawai imigresen Selangor,” katanya.

Sindiket tersebut meminta bayaran antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap pekerja melalui aplikasi Touch ‘n Go atau secara tunai dengan alasan membebaskan pekerja warga asing yang ditahan.

Majikan yang terpedaya kemudian membuat bayaran tanpa pemeriksaan lanjut, namun mendapati nombor telefon digunakan untuk urusan pembayaran sudah tidak aktif apabila hadir ke pejabat imigresen di Shah Alam.

Kegiatan penipuan itu dikesan aktif sejak sebulan lepas dan menyebabkan kerugian kira-kira RM57,000 kepada beberapa majikan.

Khairrul Aminus berkata sindiket turut menggunakan nama dan gambar pegawai imigresen sebenar bagi meyakinkan majikan supaya membuat bayaran.

Beberapa laporan polis telah dibuat berhubung kegiatan penipuan tersebut.

JIM menasihati majikan supaya tidak berurusan dengan pihak ketiga bagi urusan pembebasan pekerja mereka.

“Sekiranya pekerja warga asing ditahan, majikan perlu hadir bersama dokumen asal untuk urusan semakan dan pembebasan mengikut prosedur sah,” tegas Khairrul Aminus.

Kebanyakan pekerja asing yang ditahan mempunyai dokumen yang sah, namun pasport mereka dipegang majikan.

Majikan perlu membawa pasport asal dan JIM akan membebaskan pekerja mengikut prosedur sebenar tanpa sebarang bayaran melalui pihak ketiga. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Equinix Malaysia achieves 100% renewable energy coverage

Equinix Malaysia has achieved 100% renewable energy sourcing for its local operations through International Renewable Energy Certificates (I-RECs) and is exploring power purchase agreements (PPAs) with local renewable energy providers as part of its long-term sustainability strategy.

Foodie Media exceeds FY25 performance by Q3 of FY26

Foodie Media Bhd delivered another quarter of sustainable profitable growth, with its integrated Content, Creator, Commerce and Community (4C) ecosystem continuing to gain scale, broaden revenue opportunities and deepen client engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings