Friday, November 14, 2025
29.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat ahli keluarga didakwa khianat, cederakan pempengaruh

Empat ahli keluarga mentua pempengaruh Prince Syed didakwa di mahkamah atas pertuduhan khianat dan mencederakan pempengaruh media sosial itu.

KLANG: Empat ahli keluarga mentua pempengaruh media sosial Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman atau Prince Syed didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mereka menghadapi pertuduhan melakukan perbuatan khianat dan mencederakan pempengaruh berkenaan.

Muhammad Syahmi Faiz Ishak, 31, Ishak Saif, 59, Aminah Haniffa, 55, dan Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Muhammad Syahmi didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin SUV milik isteri pempengaruh itu sehingga menyebabkan kerugian RM560.

BACA: Wanita Rusia buat laporan polis terhadap pempengaruh TikTok

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Bertek, Klang pada 2 November lepas.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda.

Ishak, Aminah dan Muhammad Ikhwan pula didakwa secara bersama menyebabkan kecederaan ke atas Syed Muhammad Shah Hasif di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan mereka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000.

Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi Nawawi tidak menawarkan jaminan kepada Muhammad Syahmi.

Tiga tertuduh lain ditawarkan jaminan RM4,000 setiap seorang.

Peguam K. Nathiya mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 terhadap Muhammad Syahmi dengan syarat tambahan.

Syarat itu termasuk perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa serta saksi.

Tiga lagi tertuduh dibenarkan jaminan RM1,500 setiap seorang.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Januari tahun depan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

World Diabetes Day 2025: St. George’s University Urges Early Detection and Prevention in South Korea

SEOUL, SOUTH KOREA - Media OutReach Newswire - 14 November 2025 - According to the World Health Organization, about 630 million people are living with diabetes, a majority of whom are from low-and middle-income countries.

Most Viewed

World Diabetes Day 2025: St. George’s University Urges Early Detection and Prevention in South Korea

SEOUL, SOUTH KOREA - Media OutReach Newswire - 14 November 2025 - According to the World Health Organization, about 630 million people are living with diabetes, a majority of whom are from low-and middle-income countries.
spot_img

Popular Categories