the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hajiji hadapi lima penjuru di DUN Sulaman pada PRN Sabah

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berdepan lima penjuru di DUN Sulaman termasuk calon BN, Warisan, PN dan Impian Sabah dalam PRN ke-17

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berdepan pertandingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri Sulaman pada Pilihan Raya Negeri ke-17.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus bagi Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran Ibrahim Terki.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9 pagi bersama pencadang Datuk Abdul Kassim Razali dan penyokong Sylvia Belinggi.

Pada PRN lepas, Hajiji menang kerusi Sulaman dengan majoriti 3,099 undi.

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah itu ditentang calon muda Barisan Nasional Dr Shahnon Rizal Thaijuddin.

Juga menentang beliau ialah Mokhtar Hussin dari Parti Warisan, Tiaminah @ Siti Aminah Ele dari Perikatan Nasional dan Pajudin Nordin dari Parti Impian Sabah.

Terdahulu, penyokong GRS berarak dari ibu pejabat PGRS DUN Sulaman di pekan Tuaran bagi mengiringi Hajiji.

Mereka turut mengiringi tiga lagi calon parti itu iaitu Datuk Joniston Bangkuai dari DUN Kiulu, Datuk Jasnih Daya dari DUN Pantai Dalit dan Prof Madya Dr Bonaventure Bonaface dari DUN Tamparuli.

DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories