Gempa bumi sederhana 5.5 Richter berpusat 33 km timur Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km, tiada ancaman tsunami ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 1.33 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Kenyataan MetMalaysia memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 4.0 darjah utara dan 126.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 33 kilometer di timur Kepulauan Talaud.
“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama






