Saturday, November 15, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penamaan calon PRN Sabah lancar, tiada laporan polis diterima

Proses penamaan calon PRN Sabah ke-17 berjalan lancar tanpa sebarang laporan polis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

KOTA KINABALU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 berjalan lancar tanpa sebarang laporan polis diterima.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun merakamkan ucapan terima kasih kepada semua calon dan penyokong atas komitmen tinggi mereka.

“Semua calon serta penyokong menunjukkan komitmen tinggi untuk memastikan proses penamaan calon berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak mempertahankan semangat profesional sehingga tamat proses pengundian pada 29 November.

Jauteh berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini.

Operasi penguatkuasaan bermula seawal 5 pagi melibatkan 4,771 pegawai dan anggota polis.

Mereka bertugas di semua 25 pusat penamaan calon di seluruh negeri Sabah.

Polis turut menempatkan pegawai di lokasi awam untuk memastikan kelancaran lalu lintas.

Jauteh mengingatkan penganjur aktiviti kempen supaya memohon permit daripada polis terlebih dahulu.

Ini khususnya bagi program yang melibatkan kawasan awam berpenduduk ramai.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN Sabah pada 29 November.

Undi awal pula dijadualkan pada 25 November. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories