the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultan Nazrin tonton teater “Kampung Boy” karya Datuk Lat di Ipoh

Sultan Perak berkenan menonton pementasan teater “Kampung Boy” karya Seniman Negara Datuk Lat di Kompleks JKKN Perak

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menonton Karya Teater Seniman Negara Datuk Lat ”Kampung Boy” di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini semalam.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Seniman Negara Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Shaharuddin Abu Sohot dan Ketua Pengarah JKKN Mohd Amran Mohd Haris.

Usai pementasan teater berdurasi kira-kira satu jam 40 minit itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan bergambar dan beramah mesra bersama barisan pelakon sebelum berangkat pulang pada 10.15 malam.

JKKN dalam kenyataan memaklumkan teater itu dipentaskan MOTAC menerusi JKKN Perak serta Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) dengan kerjasama kerajaan negeri dan Yayasan Hasanah.

Menurut JKKN, pementasan itu sebagai penghormatan istimewa kepada Seniman Diraja Datuk Lat atas sumbangan besar beliau dalam mengangkat budaya dan identiti Malaysia ke persada antarabangsa melalui karyanya.

Mohd Amran dalam kenyataan sama berkata teater itu bukan sahaja penghormatan yang wajar diberikan kepada Datuk Lat, malah projek seni yang membawa nilai tinggi. 

“Melalui penterjemahan visual komik realisme ini, kami berharap dapat menyemai nilai budaya tinggi dalam kalangan penonton, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. 

“JKKN berbesar hati menyediakan platform berskala besar ini bagi mengukuhkan kegiatan teater serta membangunkan khalayak baharu,” katanya.

Teater yang menterjemahkan komik ikonik “The Kampung Boy” menampilkan pelakon antaranya Taiyuddin Bakar, Safura Ya’cob, Ilya Senario dan Hadi Mikail. 

Pementasan itu diarahkan oleh Ridhwan Saidi berdasarkan skrip nukilan Saad Omar yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak Lat di Kampung Lalang, Kota Bharu dekat Kampar sebelum berpindah ke Ipoh. – Bernama

Related

spot_img

Latest

MACC urges tighter financial controls for Sabah fishermen’s groups

Sabah MACC proposes seven governance reforms for Area Fishermen's Associations to prevent misuse of personal advance funds, focusing on dedicated accounts and stricter reporting.

JBPM conducts over 10,000 flood response operations nationwide

The Malaysian Fire and Rescue Department has executed over 10,000 monitoring and response operations since November, maintaining 24-hour readiness for the ongoing Northeast Monsoon.

Most Viewed

Newly rebranded OpenMove AI targets RM119.4b digital transformation market

Newly rebranded OpenMove AI Bhd has begun trading under the stock code “OMAI,” marking its transition from Rexit Bhd into an AI-led digital transformation partner as it positions itself to capture opportunities in Malaysia’s fast-growing RM119.4 billion digital transformation market.

MyNIISe users must register for MyDigital ID by tomorrow

Existing MyNIISe users must register for MyDigital ID by Wednesday to continue using the service at Johor's main entry points, with new users required to register from tomorrow.
spot_img

Popular Categories