Sunday, November 16, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar terkejut gaji wartawan Sabah rendah walaupun berpengalaman

Anwar terkejut gaji wartawan Sabah rendah walaupun berpengalaman

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memahami keluhan pengamal media yang masih menerima gaji rendah, terutamanya  di Sabah, biarpun ramai dalam kalangan mereka telah berkhidmat lebih sedekad.

Bercakap pada majlis Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama Perdana Menteri pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut keadaan sedemikian masih berlaku, sedangkan ia tidak sepatutnya terjadi memandangkan kos sara hidup meningkat serta sebahagian syarikat media meraih keuntungan.

“Media sekarang tidak seperti dahulu kerana persaingan dengan media sosial sangat tinggi. Tetapi saya fikir, jika seseorang telah bekerja 10 tahun, wajar mendapat gaji yang lebih adil. Saya simpati dan akan berusaha untuk meyakinkan pihak media supaya memberikan imbuhan yang lebih saksama.

“Beberapa syarikat media berdaftar memperoleh keuntungan yang cukup besar, jadi tiada alasan untuk gaji wartawan tetap rendah. Saya terkejut apabila mendapat tahu, ada pengamal media berkhidmat 10 tahun, namun gaji hanya sekitar RM2,000. Itu memang tidak boleh diterima,” katanya.

Justeru, beliau meminta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, menyediakan laporan menyeluruh mengenai keadaan gaji wartawan, khususnya di Sabah, serta mencadangkan langkah penyelesaian terbaik termasuk kemungkinan menyalurkan insentif kepada syarikat media bagi tujuan menaikkan gaji atau elaun wartawan.- Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories