Sunday, November 16, 2025
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kempen PRN Sabah ke-17 rancak, pemimpin nasional turun padang

Kempen PRN Sabah ke-17 rancak dengan lawatan pemimpin nasional ke Keningau, Tenom, dan Tuaran, melibatkan 596 calon di 73 kerusi DUN

KOTA KINABALU: Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 mula rancak sehari selepas penamaan calon.

Pemimpin nasional, negeri dan calon parti politik turun padang menyantuni pengundi di pelbagai lokasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Ramah Mesra di DUN Tulid, Keningau.

Beliau kemudian mengadakan program serupa bagi DUN Melalap di Tenom.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs Sabah di Kota Belud.

Ahmad Zahid kemudian menghadiri Program Santuni Pekebun Kecil Peringkat RISDA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor meneruskan kempen dengan pertemuan masyarakat di Tuaran.

Calon PKR bagi DUN Merotai Datuk Ruji Ubi memulakan kempen seawal 4.30 pagi dengan bersolat subuh di Masjid Kampung Haji Matahir.

Beliau mengadakan tinjauan mesra di Restoran Santai Corner, Pasar Hotspring dan Pasar Sin Onn.

Ruji turut menghadiri majlis doa kesyukuran di Kampung Muhibbah Raya.

Beliau akan mengadakan ceramah kelompok di Hotspring Survey Supermarket pada 8 malam.

Secara keseluruhannya, 596 calon disahkan bertanding di 73 kerusi DUN.

PH meletakkan calon di 22 kerusi, BN di 45 kerusi manakala GRS 55 kerusi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories