the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga Nepal ditahan polis disyaki liwat kucing di Shah Alam

Polis tahan lelaki warga Nepal disyaki liwat kucing sebelum campak dari aras empat pangsapuri di Kota Kemuning, kes disiasat bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Anak Embol berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang penghuni pangsapuri pada 12.30 tengah malam 15 November.

Pengadu bersama suaminya melihat suspek dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.

“Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur tindakan suspek,” kata Ramsay dalam kenyataan.

Suspek bertindak mencampak kucing tersebut ke bawah sebelum melarikan diri.

Kejadian turut dirakam pengadu menggunakan telefon bimbit.

Polis menahan lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan pada 4.45 pagi hari sama.

Kes disiasat bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara dua puluh tahun dan denda atau sebat.

Kes turut disiasat bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda.

Suspek direman lima hari bermula 15 hingga 19 November bagi membantu siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings