the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapan individu dilantik anggotai jawatankuasa bebas semak laporan insiden letupan saluran gas Putra Heights

SHAH ALAM: Seramai lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Bebas bagi menyemak laporan siasatan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang dipengerusikan Felo Penyelidik Kanan Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Khamarrul Azahari Razak.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Mohd Najwan Halimi berkata, pelantikan ahli jawatankuasa yang berkuat kuasa serta-merta itu telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain Khamarrul Azahari, turut dilantik sebagai ahli adalah Pengarah IKRAM Works Sdn Bhd Datuk Ir. Mohd Taufik Haron; Profesor Madya Dr Mohd Zahirasri Mohd Tohir dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM); Pengarah Urusan Geo Mag Engineering Dr Moahamad Anuri Ghazali dan Ir Muhamad Her Jantan dari Persatuan Jurutera Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia.

Turut menganggotai jawatankuasa itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Perancangan Malaysia TPr Abdul Hamid Akub; Ahli Geofizik Kanan UGEO Solutions Sdn Bhd, Juzaili Azmi; serta Pengurus Tugas Khas, Pejabat Pengarah Eksekutif, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Shahronizam Noordin.

Mohd Najwan yang juga Exco Pengurusan Bencana Negeri berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan dalam menangani insiden melibatkan infrastruktur kritikal.

Beliau berkata Jawatankuasa Bebas itu yang terdiri daripada pakar teknikal, ahli akademik dan profesional industri berkaitan, diberi tempoh maksimum dua bulan untuk menjalankan siasatan sebelum membentangkan laporan lengkap kepada kerajaan negeri.

“Antara objektif utama jawatankuasa ini ialah menyiasat punca sebenar insiden kebakaran dan letupan paip gas di lokasi kejadian, menilai tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak berkaitan serta mengesyorkan langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Kerajaan negeri akan memudahkan keperluan jawatankuasa ini dari segi akses mendapatkan maklumat agar mereka dapat menjalankan siasatan secara bebas dan telus, sekali gus menghentikan sebarang spekulasi atau tuduhan berhubung punca kejadian,“ katanya pada majlis penyerahan surat pelantikan kepada ahli jawatankuasa itu di sini hari ini.

Mohd Najwan berkata, kerajaan negeri memandang serius insiden kebakaran dan letupan paip gas yang berlaku pada 1 April lalu, dan akan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, bebas dan telus demi menjamin keselamatan serta kebajikan rakyat.

Pada 19 Sept lalu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata panel bebas yang telah diluluskan MMKN itu mempunyai kelayakan ikhtisas dalam pelbagai bidang berkaitan seperti cerun, bukit, minyak dan gas itu, yang antara lain akan bertindak menyemak serta menilai laporan teknikal yang dikeluarkan pihak polis, bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebelum ini – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings