the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 3, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Selangor FC rayu hukuman FAM sebelum separuh akhir Piala FA

Selangor FC harap FAM pertimbang rayuan hukuman insiden penyokong sebelum aksi timbal balik Piala FA lawan Sabah FC pada 30 November.

KUALA LUMPUR: Selangor FC berharap rayuan mereka terhadap hukuman insiden kelakuan penyokong dapat dipertimbangkan FAM sebelum aksi timbal balik separuh akhir Piala FA menentang Sabah FC pada 30 November.

Kelab itu menegaskan mereka tidak menyokong sebarang tingkah laku yang mengancam keselamatan semua pihak dalam perlawanan suku akhir kedua menentang Negeri Sembilan FC.

Selangor menjelaskan empat insiden yang membawa kepada hukuman dikenakan FAM.

Bagi insiden pertama, penyokong mereka tidak terlibat dalam membakar dan melempar mercun di dalam stadium.

Juara lima kali itu menjelaskan bagi insiden kedua, penyokong tuan rumah tidak merosak atau melontar bangku tempat duduk yang mengakibatkan kecederaan penyokong pelawat.

Kelab mendapati kerosakan dan kehilangan bangku berlaku di kawasan penyokong pelawat sahaja.

“Insiden 3, pihak kelab ingin menjelaskan bahawa tiada tetamu berstatus VVIP Selangor FC yang melontar bekas minuman plastik ke kawasan tempat duduk keluarga pasukan pelawat,” menurut kenyataan.

“Insiden 4, penyokong Selangor FC tidak membuat provokasi yang mengakibatkan kekecohan di dalam stadium.”

Kekecohan antara penyokong berpunca apabila penyokong pasukan pelawat membakar dan melempar mercun ke tempat duduk penyokong Selangor FC.

Selangor memaklumkan mereka menyediakan 170 pegawai keselamatan dan anggota polis semasa perlawanan berlangsung.

Pegawai keselamatan dan PDRM sentiasa berada dalam kedudukan bersedia bertindak di setiap lokasi bagi menangani insiden tidak diingini.

Sabtu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu berkata Selangor akan beraksi di stadium kosong pada aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Sabah FC.

Kelab juga didenda RM100,000 akibat kesalahan berulang menurut Artikel 42, Perenggan 1 Kod Tatatertib FAM. – Bernama

BACA:

Selangor FC dihukum main tanpa penonton, denda RM100,000

Kerajaan Selangor minta laporan insiden kecoh Selangor FC

Related

spot_img

Latest

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.

ICONSIAM Elevates Thailand onto the World Countdown Map with “Amazing Thailand Countdown 2026”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 – ICONSIAM, the global landmark on the banks of Thailand's legendary Chao Phraya River, once again captured the world's attention with "Amazing Thailand Countdown 2026", a five-day world-class New Year celebration held from 27–31 December 2025 at River Park, ICONSIAM.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories