Tuesday, November 18, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri hingga petang

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang sehingga 5 petang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5 petang ini.

Negeri terlibat termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Kelantan melibatkan Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Terengganu turut terjejas di kawasan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Amaran ini juga membabitkan Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Mukah (Daro), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Selangor reports zero influenza deaths up to October 2025

Selangor confirms no influenza deaths from 2024 to EW...

Most Viewed

BAM open to joint training with professional shuttlers

BAM considers RTG proposal for national and professional badminton...
spot_img

Popular Categories