CAMERON HIGHLANDS: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Nurul Syuhada Mohd Faizal, 15, dan rakannya Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, semalam.
Dua remaja itu beralamat di Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands.
Nurul Syuhada memakai baju lengan panjang bewarna hijau hitam, tudung putih dan membawa beg galas hitam.
Nur Damia Qaisyara pula berbaju lengan panjang, bertudung dengan beg galas hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nurul Syuhada boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Tg Siti Norhana Alena Tg Othman menerusi talian 017-9175334.
Bagi kes Nur Damia Qaisyara, mereka boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat Sarjan Muhamad Firdaus Abu Hassan melalui 012-5810798.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerusi talian 05-4915999 atau balai polis berhampiran.







